WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

CAWANGAN DASAR LATIHAN

FUNGSI

  • Merangka dan melaksana program latihan berprestij JAKIM;
  • Merancang dan menyelaras program pembangunan kepakaran kepada perunding latihan ILIM di dalam dan luar Negara;
  • Menyelaras dan membangunkan modul pembelajaran di ILIM;
  • Menyelaras dan menjalankan kajian penyelidikan dalam bidang latihan di ILIM;
  • Menyelaras bahan penerbitan ILIM;
  • Menyelaras program inovasi pelaksanaan latihan ILIM; dan
  • Menyelaras maklumat, dokumentasi dan keurusetiaan mesyuarat utama di ILIM.

CDL MEMPUNYAI 4 SEKSYEN:

  • Seksyen Pembangunan Perunding Latihan & Kursus Luar Negara/ Pembangunan Kepakaran/Inovasi
  • Seksyen Modul
  • Seksyen Penyelidikan Dan Penerbitan
  • Seksyen Penyelarasan Dan Keurusetiaan

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (KURSUS KHAS JANGKA PENDEK LUAR NEGARA)

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menjalin kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi melaksanakan kursus khas jangka pendek di luar negara bagi PHEI seperti London dan Mesir.
 
Program bertujuan untuk pembangunan kompetensi dalam kepimpinan, program dialog antara agama (interfaith), pengurusan fatwa dan dakwah, sosio budaya dan sebagainya. Ia juga dapat memberi latihan secara komprehensif dan intensif kepada PHEI, khususnya pelapis kepimpinan di Jakim dan juga agensi-agensi agama seluruh Malaysia. Antara komponen utama adalah dengan memberikan penekanan kepada pembinaan keyakinan diri, peningkatan kemahiran, penguasaan bahasa dan pendedahan melalui pengalaman dan pengetahuan dengan kaedah pembelajaran yang bukan sahaja diperolehi daripada bilik kuliah tetapi juga daripada pemerhatian di dunia luar (self learning/ observation).
 
Penyertaan kursus-kursus ini turut ditawarkan kepada Jabatan Agama Negeri (JAIN), Majlis Agama Negeri (MAIN), Jabatan Mufti, Jabatan Kehakiman Malaysia (JKSM) dan juga agensi-agensi agama lain seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT), Lembaga Tabung Haji dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) menggunakan peruntukan jabatan dan agensi masing-masing.
 
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (PERUNDING LATIHAN ILIM)
 
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) bertanggungjawab menyediakan para jurulatih/pegawai perunding latihan dengan pelbagai kaedah latihan termasuk kursus, bengkel, seminar, wacana, diskusi, simposium, muhadharah dan seumpamanya dengan tujuan memperkasakan profesionalisme para jurulatih/ pegawai perunding latihan dalam bidang dakwah, kepemimpinan, komunikasi, psikologi, perundangan, muamalat, falak, kaunseling syarie dan serta pengurusan Islam secara keseluruhannya.
 
Kursus-kursus yang dicadangkan merupakan program pembangunan latihan yang dirancang berteraskan kepada pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan bertujuan untuk menggalakkan pembangunan diri, penguasaan komunikasi, pengetahuan, kemahiran, kreativiti dan inovasi.
 
Objektif program latihan dalam perkhidmatan adalah seperti berikut;
  • Membentuk jurulatih/pegawai perunding latihan yang berilmu, teguh akidah, berintegriti tinggi, berdisiplin dan komited dengan amal islami;
  • Melahirkan jurulatih/pegawai perunding latihan yang berketrampilan dan kompeten yang mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berfikiran terbuka selaras dengan keperluan kerjaya, masyarakat dan negara; dan
  • Melahirkan pegawai perunding latihan yang mahir dalam bidang tertentu.
 
MODUL LATIHAN ILIM
 
ILIM berperanan merancang, menyemak dan menyelaras modul-modul latihan di enam (6) buah Institusi Latihan Islam JAKIM.
  • Kursus-kursus ILIM menggunakan modul-modul dan rujukan-rujukan yang dibangunkan oleh pihak JAKIM dan ILIM.
  • Kursus-kursus  yang ditawarkan adalah berdasarkan fungsional tugas Hal Ehwal   
  • Islam. Ini juga temasuk kursus generik termasuk kepimpinan, pengurusan, penampilan, kemahiran  dan sikap.
  • Kandungan modul dibina sebagai panduan kursus dalam menyelesaikan sebahagian keperluan dan masalah di tempat kerja.
  • Pendekatan kursus merangkumi teori dan praktikal serta latihan dalam kumpulan, dengan nisbah 30:70% yang akan dipraktikkan oleh setiap peserta kursus. Ini supaya pegawai yang berkursus dapat sama-sama memahami tugas dan berupaya menyelesaikan masalah tugasan. 
 
PENYELIDIKAN LATIHAN
 
Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2005, Garis Panduan Penilaian Program Pembangunan, kerajaan melalui mesyuarat Jemaah Menteri (pada 16 Mac 2005) telah menetapkan supaya kementerian/jabatan/agensi dan pentadbiran negeri melaksanakan penilaian “outcome” program pembangunan. Seterusnya, surat pekeliling berkaitan menegaskan pendekatan bersistematik yang berterusan adalah perlu bagi menilai “outcome” sesuatu program supaya maklum balas dan penemuan yang diperoleh dapat digunakan dengan berkesan. Hal ini juga dapat menambah baik dasar dan program kerajaan atau memutuskan sesuatu program dan projek sama ada perlu diubah suai, diperluas atau dimansuhkan.
 
Key Performance Indicator (KPI) ILIM 2019, telah menggariskan beberapa keperluan terhadap penilaian program iaitu penilaian terhadap kompetensi pegawai.
 
Kajian Penyelidikan di ILIM meliputi kajian penilaian kursus (tahap reaksi), kajian pra dan pasca (tahap pengetahuan dan kemahiran) dan kajian impak program (tahap hasil).
 
Kajian penilaian kursus (I-TIS) dilaksanakan oleh peserta sebaik sahaja kursus yang dihadiri selesai. Manakala kajian pra dan pasca dilaksanakan sebelum dan selepas kursus dilaksankan. Kajian impak pula dilaksanakan sekurang-kurangnya enam bulan selepas kursus diadakan.
  
 
HUBUNGI KAMI

Cawangan Dasar Latihan (CDL)
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Jalan Maktab, Seksyen 12
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-89218469
Faks: 03-8920 1766 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.