WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

PERUTUSAN
PENGARAH KANAN
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta sahabat Baginda.

Portal Rasmi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  ini merupakan platform bagi memaparkan info semasa dan  menyebar luas program-program latihan yang disediakan di ILIM.

Pembangunan modal insan amat penting dalam pencapaian sesebuah organisasi . Modal insan yang kompeten merupakan aset berharga kepada organisasi.

Justeru, ILIM ditubuhkan bagi memenuhi aspirasi umat Islam yang ingin melihat kewujudan sebuah institusi latihan Islam yang bertanggungjawab melaksanakan bidang latihan Islam di Malaysia.

ILIM berperanan sebagai institusi yang menyediakan perkhidmatan latihan dalam pengurusan hal ehwal Islam kepada Pegawai Hal Ehwal Islam khususnya dan kakitangan Kerajaan umumnya bagi melahirkan penjawat awam yang kompeten duniawi dan ukhrawi.

Bagi merealisasikan latihan secara strategik, JAKIM telah membangunkan Pelan Latihan (Training Road Map) JAKIM 2020-2025 atau TRM bagi memperkasakan pembangunan modal insan khususnya dari aspek pembangunan latihan dan kompetensi Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) di negara ini.

Semoga usaha dan peranan ILIM dapat melonjakkan lagi profesionalisme dan kompetensi Pegawai Hal Ehwal Islam dan seterusnya menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.

Sekian, salam hormat. Terima kasih.

“INGAT LATIHAN INGAT ILIM”
“MENJANA KECEMERLANGAN”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”