WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

MODEL TRAINING ROADMAP (TRM) ATAU PELAN LATIHAN JAKIM

TRM merujuk kepada pelan latihan bagi semua pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia merupakan panduan latihan kepada semua penyelia dan pegawai JAKIM untuk mengikuti latihan secara sistematik dan terancang sama ada disediakan oleh pihak ILIM atau institusi latihan lain. Pelan latihan ini turut mengambil kira penempatan para pegawai setiap bahagian di JAKIM temasuk kader-kader JAKIM merangkumi kompetensi teras dan kompetensi fungsian. TRM ini dibangunkan berdasarkan Kamus Kompetensi JAKIM dan akan dilaksanakan pada tahun 2020 - 2025.

Komponen Training Roadmap (TRM) JAKIM

Selari dengan Kamus Kompetensi JAKIM, TRM JAKIM juga merangkumi dua (2) komponen kursus kompetensi iaitu; Kursus Kompetensi Teras dan Kursus Kompetensi Fungsian.

* Sila klik pada rajah untuk maklumat kursus-kursus kompetensi

Kursus Kompetensi Teras ialah kursus yang wajib bagi semua jawatan di dalam sesebuah organisasi. Kursus-kursus ini meliputi semua gred jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam. Komponen kompotensi teras ini dibahagikan kepada dua iaitu Kursus-kursus Teras Generik dan Kursus-kursus Teras Utama.

Kursus Kompetensi Fungsian ialah kursus-kursus yang disediakan bagi memenuhi fungsi tugas jawatan-jawatan tertentu dan bidang khusus atau teras Hal Ehwal Islam. Komponen kompotensi fungsian ini juga dibahagikan kepada dua iaitu Kursus-kursus bagi Fungsian Khusus dan Kursus-kursus bagi Fungsian Penempatan.