WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) KAMPUS KUNDASANG

Pada tahun 1987, MUIS telah menyerahkan kompleks pusat latihan kepada BAHEIS dengan tujuan digunakan sebagai Pusat Latihan Dakwah.
 

IMBASAN SEJARAH

Pusat Latihan Dakwah Kundasang (PLDK) telah dibina oleh Kerajaan Negeri Sabah dan ditadbir oleh Majlis Ugama Islam Sabah pada tahun 1984 dengan tujuan untuk dijadikan pusat pemulihan dadah, namun hasrat tersebut tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pada tahun 1987, MUIS telah menyerahkan kompleks pusat latihan kepada BAHEIS dengan tujuan digunakan sebagai Pusat Latihan Dakwah.

PEMBINAAN SEMULA

Pada tahun 1992, dengan peruntukan sebanyak RM 700 000.00 daripada bantuan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) dan Unit Perancangan Ekonomi (UPEN), kompleks tersebut telah dibaikpulih dan dibina semula. Walaubagaimanapun pada tahun 2001, kompleks ini telah dilanda ribut dan mengakibatkan kerosakan yang teruk. Maka pihak JAKIM telah mengambil keputusan untuk membina semula PLDK dengan kos RM 15 juta serta penambahan beberapa bangunan baru seperti dewan makan, rumah tetamu dan penginapan peserta yang lebih selesa.

kundasang pembinaan semula
Pusat Latihan Kundasang dalam pembinaan semula

 

kundasang sekarang
Pusat Latihan Kundasang sekarang

Projek ini siap dibina pada September 2006 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2007. Malah PLDK kini telah dikenali sebagai Pusat Latihan Islam Kundasang bagi membezakan di antara PLD Kudat dan Keningau daripada sistem pembelajaran yang dijalankan yang menggunakan kaedah kursus jangka pendek.
 
Pada Jun 2019, PLI Kundasang telah berubah nama menjadi Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Kundasang dan segala urusan pentadbiran di bawah pengurusan Institut Latihan Islam Kampus Utama Bangi, Selangor.

VISI

Berperanan Sebagai Sebuah Pusat Latihan Yang Unggul Dalam Membangun Modal Insan Ke Arah Melahirkan Ummah Yang Progresif Dan Berakhlak Mulia.

MISI

Memperkasa kualiti modal insan, pengurusan dan pentadbiran hal ehwal islam di sabah melalui sistem latihan yang komprehansif dan profesional.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kualiti modal insan, pengurusan dan pentadbiran agensi kerajaan, badan berkanun, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, pemimpin dan masyarakat setempat berdasarkan ajaran Islam.
  • Memberi kefahaman dan kemahiran kepada masyarakat berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Melahirkan peserta kursus yang berilmu dan menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan.

PERANAN

  • Malaksanakan program latihan kepada masyarakat.
  • Meningkatkan kualiti modal insan ke arah merealisasikan hasrar kerajaan selaras dengan ajaran Islam
  • Bekerjasama meningkatkan aktiviti dakwah dengan jabatan kerajaan, badan berkanun, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.
  • Menyediakan khidmat pengurusan dalaman dan luar pusat latihan

KUMPULAN SASAR

Golongan sasar adalah seluruh masyarakat negeri Sabah yang terdiri daripada :

  • Pegawai dan kakitangan kerajaan, swasta serta badan berkanun.
  • Pegawai agama, imam, bilal dan AJK Masjid.
  • Pemimpin masyarakat, belia, wanita, pelajar, pelatih PLD dan saudara baru.

KURSUS YANG DITAWARKAN

  • Kursus Bahasa Arab
  • TOT Kepimpinan
  • Kursus Smart Integriti

KEMUDAHAN

  • Pejabat Am
  • Bilik Pengetua
  • Billik Pegawai dan Pembantu Pegawai
  • Bilik Syura / Mesyuarat
  • Pusat Sumber
  • Makmal Komputer
  • Bilik Kuliah
  • Koperasi
  • Dewan Jamuan
  • Dua Blok Penginapan Peserta (80 peserta)
  • Dewan Makan
  • Surau
  • Dewan Serbaguna
  • Padang Permainan
  • Rumah Tamu
  • Rumah Pegawai dan Kakitangan

HUBUNGI KAMI

Alamat Kampus:
Pengarah
Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Kundasang
Peti SUrat 529, Kundasang
89308, Ranau
Sabah
No. Tel : 088-888285
No. Faks : 088-888286
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 Facebook : ILIM Kampus Kundasang