WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) KAMPUS LAWAS

MENGENAI KAMI

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lawas yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Lawas,JAKIM Cawangan Sarawak merupakan satu-satunya pusat latihan JAKIM yang terdapat di Negeri Sarawak. Cetusan idea penubuhan Pusat Latihan ini telah diilhamkan oleh Y.A.Bhg Tun Ahmad Zaidi Adruce,Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak yang ke-5 (1985-2000) bersama mantan ketua pengarah JAKIM yang kelima iaitu Y.Bhg Dato’ Hj. Mohd. Shahir bin Hj. Abdullah (2001-2004). Pada 13 April 2006, majlis pecah tanah pusat latihan ini telah disempurnakan oleh Y.A.B Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.
 

Melalui RMK-9, JAKIM telah diperuntukkan sebanyak RM8 juta bagi pembinaan pusat latihan ini yang siap sepenuhnya pada awal November 2011. Pembinaan Pusat Latihan Lawas adalah merupakan sebahagian dari perancangan pembangunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam rangka mewujudkan Institusi Latihan Islam yang lengkap dan moden bagi memenuhi keperluan mengadakan pelbagai kursus dan latihan Islam ke arah mempertingkatkan kualiti perkhidmatan Hal Ehwal Islam serta meninggikan tahap profesionalisme para pegawai agama, pendakwah, imam, pemimpin masyarakat, belia dan masyarakat awam agar dapat memberikan sumbangan yang berkesan terhadap pembangunan ummah dan Negara.

KEDUDUKAN GEOGRAFI

Lawas adalah satu daerah yang terletak di bawah Bahagian Limbang. Kedudukannya di Utara Negeri Sarawak dan bersempadanan dengan Negeri Sabah di sebelah utaranya dan dengan Negara Brunei Darus Salam di sebelah selatannya. Jarak Pusat Latihan ini dengan Bandar Lawas ialah sejauh 4km melalui jalan darat. Pusat Latihan ini didirikan di atas tanah seluas 26.7 ekar dan seluas 1.5 ekar telah dibangunkan bagi pembinaan blok pentadbiran.

KEPAKARAN

Pengurusan Keluarga, Komuniti dan Program Ukhuwah

KURSUS YANG DITAWARKAN

  1. Kursus Pengurusan Keluarga Bahagia
  2. Kursus Smart Komuniti Silang Buday
  3. Kursus Pengukuhan Ukhuwah
  4. Kursus Pengukuhan Ibadah
  5. Kursus Bahasa Etnik
  6. Kursus Komuniti Bestari

KEMUDAHAN FASILITI

BIL

KEMUDAHAN

KAPASITI 

PENGGUNA

1

Bilik Kursus

80 orang

Peserta Kursus

2

Bilik Komputer

20 orang

Peserta Kursus

3

Mini Surau

30 orang

Staf / Peserta Kursus

4

Mini Kantin/ Dewan Makan

35 orang

Peserta Kursus

5

Pejabat Am/ Tempat Menunggu

15 orang

Staf / Peserta Kursus

6

Bilik Mesyuarat

15 orang

Staf / Peserta Kursus

7

Bilik Bincang

6 orang

Staf / Peserta Kursus

 

HUBUNGI KAMI

Institut Latihan Islam Malaysia
Kampus Lawas          
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Lot 1286,
Blok 5, Jln Trusan,
98850 Lawas, Sarawak
Tel : 085-283601
Fax : 085-284595

Facebook : ILIM Kampus Lawas