WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) KAMPUS JELEBU

MENGENAI KAMI

ILIM Kampus Jelebu sebelum ini dikenali dengan nama Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) adalah merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berdasarkan Mesyuarat Badan Perunding Islam (Bil.1/96) bertarikh 2 Februari 1996.
 
Sebelum ini ia dikenali sebagai Pusat Pemulihan Akidah (PPA) yang dibina pada tahun 1996 dan siap sepenuhnya pada tahun 1998 dan mula beroperasi pada tahun 1999 dan terletak di Lot No. 720, Mukim Gelami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan. PPA bertanggungjawab untuk memulihkan individu atau kumpulan yang terlibat dengan mana-mana ajaran sesat dan telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah supaya kembali insaf dan mengamalkan semula ajaran Islam sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
 
Institusi ini telah dijenamakan semula sebagai Pusat Pemantapan Akidah (PPA) pada 5 Julai 2007 kerana didapati hampir tiada sebarang program khusus bagi tujuan pemulihan akidah yang dilaksanakan di PPA kerana beberapa halangan dari sudut undang-undang dan teknikal.
 
Pada 22 Januari 2007, Mesyuarat Pengurusan Jakim Bil. 1/2007 telah memutuskan supaya institusi ini dibina di satu lokasi baru yang lebih luas dan dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang bersesuaian. Sehubungan itu, satu Kertas Cadangan Projek Pembinaan Institut Pemantapan Akidah dan Perkaderan Dakwah telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pengurusan Jakim bertarikh 24 Ogos 2007 dan tapak cadangan yang telah dikenalpasti ketika itu ialah di daerah Port Dickson, Negeri Sembilan. Walaubagimanapun cadangan tersebut terhenti setakat itu sahaja dan tidak dilaksanakan.
 
Seiring dengan cabaran semasa, institusi ini dijenamakan semula sebagai Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan Jakim Bil. 3/2015 pada 18 Mac 2015. Sehubungan itu, fungsi institusi ini turut berubah seperti berikut :
  1. Melaksanakan program kaderisasi secara sistematik dan berkesan;
  2. Melaksanakan program pemahaman dan penghayatan pegangan ASWJ;
  3. Melaksanakan program pemulihan akidah;
  4. Menjalankan kajian berkaitan isu akidah;
  5. Melaksanakan urusan dokumentasi dan pengumpulan maklumat berkaitan akidah;
  6. Mewujudkan perkongsian pintar dengan institusi-institusi yang berkaitan; dan
  7. Membangunkan modul-modul berkaitan akidah.

Struktur organisasi IPHAM berdasarkan waran perjawatan asal dan telah diisi adalah seperti berikut : (12 perjawatan)

  1. S48            :         1 perjawatan
  2. S41/44       :         2 perjawatan
  3. S32            :         1 perjawatan
  4. S29            :         2 perjawatan
  5. S19            :         2 perjawatan
  6. N22            :         1 perjawatan
  7. N19            :         1 perjawatan
  8. H11            :         2 perjawatan

Berikutan penjenamaan semula IPHAM kepada ILIM Kampus Jelebu, struktur perjawatan juga telah mengalami beberapa perubahan dan penambahbaikan seperti berikut : (16 perjawatan)

  1. S48            :         1 perjawatan
  2. S44            :         2 perjawatan
  3. S41            :         2 perjawatan
  4. S32            :         1 perjawatan
  5. S29            :         2 perjawatan
  6. S19            :         2 perjawatan
  7. N22            :         1 perjawatan
  8. N19            :         2 perjawatan
  9. W19           :         1 perjawatan
  10. H11            :         1 perjawatan
  11. N11            :         1 perjawatan

Sejak mula beroperasi pada tahun 1999, sebanyak tiga kursus pemulihan pesalah akidah yang menggemparkan negara telah dilaksanakan di IPHAM iaitu :

  1. Kursus Pemulihan Akidah Kepada Pengikut Kumpulan Ayah Pin pada 30 Oktober 2001 hingga 3 November 2001;
  2. Kursus Pemulihan Akidah Kepada Pengikut Kumpulan al-Arqam pada 13 April 2014 hingga 28 April 2014; dan
  3. Mukhayyam Kepada Golongan LGBT Anjuran Jakim.
Selain itu, PPA atau IPHAM telah menjalankan sebanyak 655 kursus dengan kehadiran peserta seramai 60 735 orang sejak tahun 1999 sehingga 2018.
 
Berikutan proses penstrukturan semula JAKIM yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2018 dan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi JAKIM (JKT) pada bulan April 2019 telah memutuskan bahawa IPHAM dijenamakan semula sebagai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Jelebu.
 

KEPAKARAN :

ILIM Kampus Jelebu akan memberi penumpuan kepada dua bidang kepakaran yang berikut :

  1. Kepimpinan Belia / Mahasiswa
  2. Akidah dan Aliran Pemikiran

KURSUS YANG DITAWARKAN :

Beberapa kursus yang ditawarkan di ILIM Kampus Jelebu adalah seperti berikut :

  1. Kursus Akidah Islamiyyah
  2. Kursus Perbandingan Agama
  3. Kursus Tasawwuf
  4. Kursus Pemikiran Islam
  5. Smart Mukmin (Belia dan Mahasiswa)
  6. Smart Daie (Belia dan Mahasiswa)

FASILITI :

 

HUBUNGI KAMI :

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
(ILIM Kampus Jelebu)
KM 17, Jalan Kongkoi
71650 Titi, Jelebu
Negeri Sembilan
Tel: 06 611 3951
Faks : 06 611 3950

Facebook : ILIM Kampus Jelebu