WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) KAMPUS LAHAD DATU

MENGENAI KAMI

ILIM Kampus Lahad Datu sebelum ini dikenali sebagai Pusat Latihan Islam Lahad Datu (PLILD), JAKIM Cawangan Sabah  terletak di Pantai Timur Sabah di atas tapak tanah seluas 60 ekar di Silabukan Lahad Datu, Sabah. Jarak dari pusat Bandar Lahad Datu ialah sejauh 28 kilometer dengan perjalanan menggunakan kenderaan mengambil masa selama lebih kurang 25 minit. Sebelum kompleks siap, ia beroperasi di bangunan kedai yang disewa di Bandar Lahad Datu dan tarikh mula operasi di sana pada Februari 2006 yang dikenali sebAagai Pusat Latihan Islam (PLI) Lahad Datu.
 
Pembinaan kompleks PLI Lahad Datu telah bermula pada bulan Ogos 2001 dan pada awalnya dijangka akan beroperasi pada tahun 2006. Namun pembinaan projek PLI ini telah tergendala. Pada 2007 ia disambung bina semula dan menelan belanja sebanyak RM9.330 juta. Pembinaan kompleks PLI ini berjumlah RM16.878 juta yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Struktur organisasi PLI Lahad Datu berdasarkan waran perjawatan asal dan telah diisi adalah seperti berikut: (16 perjawatan)
  1. S44                  :           1 perjawatan
  2. S41/44             :           3 perjawatan
  3. S32                  :           1 perjawatan
  4. S29/32             :           2 perjawatan
  5. N29/32            :           1 perjawatan
  6. N19/22            :           3 perjawatan
  7. S19/22            :           2 perjawatan
  8. H11/14            :           2 perjawatan
  9. N11/14            :           1 perjawatan

Berikutan penjenamaan semula PLI Lahad Datu kepada ILIM Kampus Lahad Datu struktur perjawatan juga telah mengalami beberapa perubahan seperti berikut:

  1. S44                 :           1 perjawatan
  2. S41/44            :           2 perjawatan
  3. S29/32            :           1 perjawatan
  4. N17/22            :           1 perjawatan
  5. S19/22            :           2 perjawatan
  6. N11/14            :           1 perjawatan
Selain itu, PLI Lahad Datu telah menjalankan sebanyak 293 kursus/program dengan kehadiran peserta seramai 29,079 orang sejak tahun 2009 sehingga 2018. Berikutan proses penjenamaan semula JAKIM yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2018 dan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi JAKIM (JKT) pada bulan April 2019 telah memutuskan bahawa PLI Lahad Datu dijenamakan semula sebagai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu. Seterusnya diletakkan di bawah seliaan Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Utama Bangi.
 
 
KEPAKARAN
Melaksanakan latihan, bimbingan dan pembelajaran berteraskan Islam kepada Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam khususnya di Pantai Timur Sabah dan juga Dakwah kepada Masyarakat Umum.
 
KURSUS YANG DITAWARKAN
  1. Kursus Metodologi Dakwah
  2. Kursus Khutbah Berkualiti
  3. Kursus Aqidah Islamiyyah
  4. Kursus Pengurusan Ibadah Pesakit
  5. Kursus Kejurulatihan Pengurusan Jenazah
  6. Kursus Bahasa Arab Guru KAFA
  7. Kursus Smart Integriti
  8. Kursus Kaunseling Syar’ie
  9. Program Wacana Ilmu.
HUBUNGI KAMI     

Institut Latihan Islam Malaysia
Kampus Lahad Datu          
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
KM28, Jalan Tungku
Peti Surat 62305
91128 LAHAD DATU, SABAH
No. Tel : 089-886801/02/09
Faxs    : 089-886805

Facebook : ILIM Kampus Lahad Datu