PERPUSTAKAAN ILIM
Pengenalan
Perpustakaan ILIM telah diwujudkan dan dibuka perkhidmatannya bermula Januari 2002 sebagai pusat rujukan maklumat Islam yang menyokong program dan aktiviti yang diadakan di ILIM.
Objektif
- Berfungsi sebagai pusat maklumat dan rujukan dengan menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang menyokong kursus-kursus ke arah melahirkan profesional dalam pengurusan Hal Ehwal Islam.
- Memberi khidmat sokongan kepada kursus-kursus yang dijalankan dengan menyediakan prasarana perkhidmatan perpustakaan selaras perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
- Menggalakkan aktiviti galakan membaca ke arah meningkatkan budaya membaca.
Keahlian
Warga ILIM / JAKIM : pinjaman maksimum 5 buku & tidak melebihi 3 minggu
Peserta Kursus : Rujukan sahaja
Pelawat : Rujukan sahaja
Perkhidmatan
- Pinjaman dan Tempahan Buku
- Pinjaman antara Perpustakaan (SPP)
- Rujukan dan Carian Maklumat
- Sesi Pendidikan Pengguna
- Pinjaman Berkelompok
- Kemudahan Komputer dan Internet
- Fotokopi
Waktu Perkhidmatan
Isnin – Khamis : 8.00 pagi - 5.00 petang
Jumaat : 8.00 pagi - 12.15 petang
: 2.45 petang - 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti umum : Tutup
Koleksi
- Buku
- Kertas Kerja Kursus
- Majalah
- Jurnal
- Surat khabar
- Bahan AV (CD & Video)
Peraturan
- Berpakaian sopan.
- Membenarkan pegawai bertugas membuat pemeriksaan terhadap buku, fail dan bahan ketika masuk / keluar dari perpustakaan
- Menggunakan bahan - bahan bacaan dan kemudahan perpustakaan dengan baik dan berhemah
- Dilarang merokok, makan dan minum semasa berada di dalam perpustakaan.
- Pengguna yang membuat salinan fotokopi adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta 1987 dan 1990 (pindaan).
- Sebarang kehilangan / kerosakan barang persendirian adalah tanggungjawab
- Denda akan dikenakan jika lewat hantar, rosak atau hilang bahan perpustakaan.
Pengkelasan
A - Agama / Religion
B - Agama-Agama Pra Judaism / (General)
C - Judaisma (Umum) / Judaism (General)
D - Agama Kristian (Umum) / Christianity (General)
E - Islam
F - Al-Quran (Wahyu) / The Quran (Wahyu)
G - Hadis / Hadith
H - Nabi Muhammad S.A.W. : Sirah / Prophet Muhammad : Seerah
J - Kepercayaan Muslim / Muslim Faith
K - Falsafah dan Disiplin Berkaitan / Philosophy anD Related Discipline
L - Ibadah
M - Sains Politik / Political Science
N - Undang-undang / Law
P - Ekonomi / Economics
Q - Pendidikan / Education
R - Sejarah dan Manusia / History and People
S - Tamadun dan Kebudayaan / Civilization and Culture
T - Ummah (Muslim) / The Ummmah
U - Tabiat Manusia / Human Behavioral Characteristics
V - Isu Semasa / Current Issues
W - Pendapat Minoriti / Minority Views
X - Falsafah Semasa / Current Philosophy
Pertanyaan
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
UNIT PERPUSTAKAAN
INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA
Jalan Maktab, Seksyen 12
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-8921 8500 samb. 8471 / 8472 / 8473
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Facebook : PerpustakaanILIM