WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM) KAMPUS BESUT

MENGENAI KAMI

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut sebelum ini dikenali sebagai Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILTIM). Rentetan daripada proses penstrukturan semula JAKIM yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2018 dan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi (JKT) JAKIM pada bulan April 2019 telah memutuskan bahawa ILTIM dijenamakan semula sebagai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Besut.
 
ILIM Kampus Besut  merupakan cawangan kepada ILIM Kampus Utama yang terletak di Bangi, Selangor. Terletak di Bukit Keluang Besut, Terengganu, kampus ini dibina di atas tapak seluas 26.6135 hektar. Projek pembinaannya bermula pada 3 Disember 2007 dengan menggunakan kos sebanyak RM 27.4 juta yang diluluskan di dalam RMK-9.
 
Kampus ini mula beroperasi pada 11 Februari 2010. Antara objektif penubuhannya ialah sebagai pusat Islam yang menganjurkan kursus dan program kepada penjawat awam di jabatan-jabatan kerajaan zon timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang.
 
Mulai tahun 2019, dua (2) kluster dan dua (2) seksyen iaitu Kluster Kecemerlangan Pengurusan Islam (KKPI), Kluster Pembangunan Insan (KPI), Seksyen Khidmat Pengurusan (SKiP) dan Seksyen Perhubungan dan Keurussetiaan (SPeK) diwujudkan sebagai tunjang dalam menjana kecemerlangan penjawat awam dalam bidang hal ehwal Islam di peringkat zon timur.
 

KEPAKARAN

ILIM Kampus Besut merupakan institut latihan yang memberi fokus kepada kursus dan program  berkaitan pembangunan dan pengukuhan pasukan (team building), pembangunan insan dan pengurusan pejabat.

KURSUS YANG DITAWARKAN

Pelbagai kursus ditawarkan di ILIM Kampus Besut dibawah kluster dan seksyen yang berkaitan. Antara kursus yang ditawarkan ialah :

  1. Kursus Smart Ukhwah
  2. Kursus Smart Integriti
  3. Kursus Smart Solat
  4. Kursus Solat Kritikal
  5. Kursus Pengurusan Keluarga Bahagia
  6. Kursus Pengurusan Stress
  7. Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Masjid
  8. Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi
  9. Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Berkualiti
  10. Kursus Pengurusan Mesyuarat Efektif
  11. Kursus Pengurusan Fail dan Rekod
  12. Kursus Microsoft Office dalam Pengurusan Pejabat

FASILITI

Antara fasiliti dan kemudahan yang terdapat di ILIM Kampus Besut ialah seperti berikut:

  1. Blok Pentadbiran Umar Abdul Aziz
    • Bilik Pengarah
    • Bilik Syura Salahuddin Al-Ayyubi
    • Seksyen Khidmat Pengurusan (SKiP)
    • Seksyen Perhubungan dan Keurussetiaan (SPeK)
    • Kluster Kecemerlangan Pengurusan Islam (KKPI)
    • Kluster Pembangunan Insan (KPI)
  1. Blok Akademik Ibnu Abbas
    • 1 Dewan Ibnu Mas’ud
    • 2 Bilik Seminar
    • 3 Bilik Kuliah
    • 1 Makmal Komputer
    • 1 Perpustakaan (Baitul Hikmah)
  1. Dewan Makan Asma’
  1. Blok Asrama Tok Kenali
    • 42 bilik asrama untuk peserta kursus
    • 5 bilik VVIP
    • 3 bilik VIP
    • Bilik Taklimat/Mesyuarat
    • Keris Mart (Koperasi)
  1. Surau Tok Ku Paloh (boleh memuatkan 300 orang Jemaah dalam satu-satu masa)
  1. Rumah Pengarah
  1. Rumah Warden
  1. Rumah Tamu Abu Ayyub Al-Ansari
  1. Kemudahan Riadah (Outdoor)
    • Gelanggang Sepak Takraw
    • Gelanggang Futsal
    • Kayak
    • Gimnasium Outdoor

 

HUBUNGI KAMI

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Kampus Besut
Jalan Pantai Peranginan, Bukit Keluang
22200 Besut
Terengganu Darul Iman
Tel: : 09-695 5858
Faks : 09-695 5855

Facebook : ILIM Kampus Besut