WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KURSUS KOMPETENSI TERAS

Kompetensi wajib bagi semua jawatan di dalam sesebuah organisasi. Dalam komponen kompetensi ini, jawatan-jawatan bagi gred yang berbeza mempunyai pemetaan tahap kompetensi teras yang berlainan. Kompetensi ini meliputi semua gred jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam. Komponen kompetensi teras ini dibahagikan kepada dua iaitu Teras Generik dan Teras Utama.


1) Kompetensi Teras Generik:

Kompetensi yang wajib bagi semua gred jawatan sama ada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam. Dalam komponen kompetensi teras generik ini, jawatan-jawatan bagi gred yang berbeza mempunyai pemetaan tahap kompetensikompetensi teras generik yang berlainan.
(Rujuk : Pemetaan Skala Tahap Kecekapan Kompetensi, Kamus Kompetensi JAKIM)

Makluman : Nama-nama kursus yang disenaraikan adalah bersifat dinamik mengikut keperluan semasa, boleh berubah dan ditambahbaik dari semasa ke semasa serta turut mengambil kira penempatan pegawai JAKIM termasuk Kader JAKIM.

2) Kompetensi Teras Utama:
Ia merujuk kepada kompetensi yang wajib bagi setiap kemasukan gred lantikan baharu dalam perkhidmatan Hal Ehwal Islam sama ada bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Pelaksana. Dalam komponen kompetensi teras utama ini juga, jawatan-jawatan bagi gred yang berbeza mempunyai pemetaan tahap kompetensi-kompetensi teras utama yang berlainan.                                                          (Rujuk : Pemetaan Skala Tahap Kecekapan Kompetensi, Kamus Kompetensi JAKIM)

Makluman : Nama-nama kursus yang disenaraikan adalah bersifat dinamik mengikut keperluan semasa, boleh berubah dan ditambahbaik dari semasa ke semasa serta turut mengambil kira penempatan pegawai JAKIM termasuk Kader JAKIM.