Bangi, 9 September 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Kursus AI: Reka Bentuk Grafik dan Slide Berkualiti pada 8 hingga 9 September 2026 bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong tugasan berkaitan reka bentuk grafik dan penyediaan bahan pembentangan.
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai perkembangan dan potensi teknologi AI dalam menghasilkan bahan visual yang lebih kreatif, menarik dan berkualiti. Peserta turut didedahkan kepada kaedah dan teknik yang sesuai dalam memanfaatkan AI tools bagi membantu proses penghasilan poster, infografik serta bahan pembentangan yang lebih tersusun dan profesional.
Pendekatan pembelajaran secara teori dan amali telah digunakan sepanjang kursus bagi membolehkan peserta memahami konsep serta mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh secara praktikal. Pendekatan ini turut memberi peluang kepada peserta untuk meneroka penggunaan AI dalam menghasilkan bahan komunikasi visual yang bersesuaian dengan keperluan tugasan dan penyampaian maklumat di tempat kerja.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan kursus ini telah memberi nilai tambah kepada peserta dalam meningkatkan keupayaan menggunakan teknologi AI sebagai alat sokongan dalam penghasilan bahan grafik dan pembentangan.
Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh diharapkan dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan harian dengan lebih kreatif, cekap dan berkesan, selaras dengan keperluan pendigitalan serta pemerkasaan kompetensi warga kerja.



