WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 20 Ogos 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Kursus Perancangan Pusaka Islam (Faraid, Hibah, Wasiat, Wakaf dan Harta Sepencarian) yang berlangsung selama tiga hari, bermula 18 hingga 20 Ogos 2026 bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi.
 
Kursus ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman peserta berkaitan konsep perancangan pusaka Islam serta instrumen pengurusan harta yang merangkumi faraid, hibah, wasiat, wakaf dan harta sepencarian.
 
Antara objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan mengenai konsep perancangan pusaka Islam, di samping meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan faraid, hibah, wasiat dan harta sepencarian. Selain itu, kursus ini turut memberi ruang kepada peserta untuk menganalisis isu-isu berbangkit berkaitan pengurusan harta orang Islam serta mengenal pasti pendekatan penyelesaian yang bersesuaian.
 
Penganjuran kursus ini diharap dapat memperkukuh pengetahuan dan kompetensi peserta dalam memahami pengurusan pusaka Islam secara lebih menyeluruh, seterusnya membantu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan perancangan harta semasa hidup bagi memastikan pengurusan dan pembahagian harta dapat dilaksanakan dengan teratur serta selaras dengan prinsip Syariah.