BANGI, 7 Ogos 2026 – Surau Salahuddin Al-Ayyubi (SSAI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) membuka lembaran baharu menerusi Mesyuarat Agung Khas bagi sesi 2027–2031 yang berlangsung di Auditorium as-Syafie, ILIM Kampus Utama Bangi dan disempurnakan oleh Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
Majlis menyaksikan pembubaran jawatankuasa sesi terdahulu, pengumuman barisan kepimpinan baharu serta penyerahan nota serah tugas sebagai simbolik kesinambungan amanah. Turut berlangsung penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada kepimpinan serta Ahli Jawatankuasa SSAI sesi 2024–2026 atas sumbangan dan komitmen mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan kepimpinan serta Ahli Jawatankuasa SSAI sesi 2024–2026 atas segala khidmat bakti, usaha dan komitmen dalam mengimarahkan surau serta menjayakan pelbagai program kerohanian dan kebajikan sepanjang tempoh kepimpinan mereka.
Dengan kepimpinan baharu, SSAI diharapkan terus memperkukuh pengimarahan surau, memperkasa program kerohanian dan kebajikan serta menyemarakkan budaya kebersamaan dalam kalangan warga ILIM.



