WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 20 Mei 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah menganjurkan Kursus Pengurusan Konflik dan Krisis bermula 19 Mei 2026 hingga 20 Mei 2026 dengan penyertaan pegawai dan kakitangan daripada pelbagai agensi Persekutuan dan Negeri.
 
Penganjuran kursus ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan mengenai pendekatan menangani konflik dan krisis yang timbul di tempat kerja atau dalam kehidupan seharian serta kefahaman untuk mengurus konflik dan krisis dengan cara yang berkesan. Selain itu, kursus ini turut memberi kefahaman mengenai cara dan panduan yang ada di dalam al Quran menerusi perjalanan kisah para nabi dan sahabat ketika berdepan dengan ujian.
 
Kursus ini diharap dapat melahirkan peserta yang peka dan bersedia terhadap cabaran yang dihadapi serta mampu mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian dan organisasi masing-masing.