BANGI, 21 Mei 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi telah menganjurkan Kursus Pengurusan Kewangan Islam: Strategi Bebas Hutang bermula 19 Mei 2026 hingga 21 Mei 2026 dengan penyertaan pegawai dan kakitangan daripada pelbagai agensi serta institusi.
Penganjuran kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai konsep perancangan kewangan patuh Syariah di samping meningkatkan pengetahuan berkaitan bentuk perancangan kewangan dalam Islam. Selain itu, kursus ini turut memberi kefahaman mengenai potensi pengurusan kewangan Islam sebagai panduan dalam mengurus kewangan secara lebih sistematik, berhemah dan bebas daripada beban hutang yang tidak terkawal.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai pengisian merangkumi asas pengurusan kewangan Islam, strategi pengurusan hutang, kaedah perancangan kewangan keluarga, kepentingan simpanan dan pelaburan patuh Syariah serta amalan kewangan yang berteraskan prinsip Islam.
Kursus ini diharap dapat melahirkan peserta yang lebih peka terhadap kepentingan pengurusan kewangan secara bijaksana serta mampu mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian dan organisasi masing-masing.

