WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
BANGI, 14 Mei 2026 – Kelab Kebajikan Warga ILIM (KKWI) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-6 bertempat di Auditorium As-Syafii, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), hari ini.
 
Majlis yang bermula pada jam 2.45 petang itu telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM merangkap Penaung KKWI.
 
Mesyuarat ini menjadi platform rasmi kepada warga ILIM untuk menilai pencapaian kelab, memperkukuh peranan kebajikan serta merancang hala tuju KKWI bagi sesi seterusnya. Antara agenda utama mesyuarat termasuk pembentangan laporan KKWI sesi 2024 hingga 2025, pembubaran jawatankuasa sesi berkenaan serta pelantikan Jawatankuasa KKWI sesi 2026 hingga 2027.
 
Pada mesyuarat kali ini juga, Pemilihan Jawatankuasa KKWI Sesi 2026/2027 telah diadakan bagi memberi ruang kepada ahli untuk memilih barisan kepimpinan baharu KKWI. Proses pemilihan ini mencerminkan komitmen kelab dalam memperkukuh tadbir urus, penglibatan ahli dan kesinambungan kepimpinan yang lebih tersusun.
 
Penganjuran mesyuarat ini turut menjadi ruang mempererat ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga ILIM. Pelbagai pengisian telah diadakan termasuk ucapan aluan, ucapan perasmian, cabutan bertuah serta penyampaian cenderahati kepada para hadirin.
 
KKWI berperanan sebagai wadah kebajikan yang menyantuni warga ILIM melalui pelbagai inisiatif dan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli. Justeru, Mesyuarat Agung Kali Ke-6 ini diharap terus memperkukuh komitmen ahli dalam menjayakan agenda kebajikan, kebersamaan dan kesejahteraan warga ILIM.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa KKWI Sesi 2024/2025 atas segala khidmat bakti, komitmen dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang tempoh memegang amanah.
 
Majlis berakhir sekitar jam 4.30 petang dengan penuh harmoni dan semangat kekeluargaan.
 
Tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa KKWI Sesi 2026/2027. Selamat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, integriti dan semangat kebersamaan demi kebajikan warga ILIM.