Bangi, 07 Mei – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadis) telah mengadakan Kursus Tadabur Hadith dalam Memperkasa Good Governance Organisasi. Kursus yang dilaksanakan bermula pada 05 hingga 07 Mei 2026 telah dihadiri seramai 40 orang peserta terdiri daripada perjawatan awam dari pelbagai kementerian dan agensi.
Kursus ini telah memberi pendedahan mengenai tadbir urus berkualiti dalam organisasi yang diadaptasi daripada hadith melalui proses tadabbur. Perkongsian dibuat menggunakan pendekatan teori serta praktikal dengan bimbingan daripada Dr. Nidzamuddin bin Zakaria dan Dr. Ahmad Sanusi bin Azmi dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Kursus sepanjang tiga hari ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Ketua Penolong Pengarah Program Teras bagi mewakili YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya dan mampu melahirkan penjawat awam yang kompeten di dunia serta akhirat.
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut: https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan: https://itis.islam.gov.my/




