Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menganjurkan Kursus Smart Integriti Siri 2 / 2026. Kursus ini telah diadakan di ILIM Kampus Besut pada 4 hingga 6 Mei 2026. Kursus ini telah dihadiri seramai 41 orang peserta terdiri daripada tiga cabang ATM iaitu darat, laut dan udara. Ini adalah julung-julung kali ILIM mengadakan kursus bersama anggota ATM.
Kursus Smart Integriti ini bertujuan memberikan kefafaman dan penghayatan integriti serta meningkatkan kesedaran dan komitmen dalam pelaksanaan tugas organisasi. Ia telah dilaksanakan sepenuhnya oleh tenaga fasilitator ILIM dan menggunakan modul yang telah dibangunkan oleh pihak ILIM juga.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia. Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Kolonel Haji Ahmad Shukri bin Hashim, Pengarah Operasi Dan Pembangunan Insan, Bahagian Kerohanian Islam ATM.





