Kundasang, 30 April 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi dan ILIM Kampus Kundasang telah berjaya melaksanakan kerjasama strategik dalam penganjuran Kursus Cabaran Pemikiran Islam Semasa kepada para pegawai perkhidmatan awam dari pelbagai agensi yang terdiri daripada KKM, JHEAINS (Sabah), JAKIM, KPM, SPRM, YADIM, JKM, IPT, Kementerian Pelancungan, Pejabat Daerah dan NGO.
Kursus ini dilaksanakan bermula pada 28 hingga 30 April 2026 bertempat di ILIM Kampus Kundasang, Sabah. Bilangan peserta yang mengikuti kursus ini adalah seramai 35 orang.
ILIM telah menjemput penceramah-penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman dalam bidang pemikiran iaitu Doktor Zaifuddin bin Mohd Rasip (UMS), Encik Rafaeh bin Mohd Enarji (USIA, Sabah) dan Encik Nik Ismail bin Jusoh (ILIM).
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu untuk memperkukuhkan pemahaman pemikiran Islam selaras dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah di kalangan penjawat awam dalam mendepani ancaman pelbagai ajaran sesat semasa.



