Bangi, 29 April 2026 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Kursus Peningkatan Imej Dan Personaliti Profesional selama 2 hari mulai 28 April 2026 hingga 29 April 2026. Kursus ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta mengenai imej dan penampilan diri serta personality yang professional.
Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Muna Izzah Fadzil, seorang perunding imej. Kursus ini dihadiri oleh seramai 60 orang peserta dari bahagian-bahagian JAKIM, agensi-agensi dibawah YBM HEA dan agensi-agensi yang lain.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkasa imej dan penampilan peserta.


