WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 23 APRIL - Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah melaksanakan Kursus Pengurusan Sembelihan Teknologi Terkini pada 21 hingga 23 April 2026 bertempat di Auditorium Al Syafie, ILIM Kampus Utama Bangi. Kursus ini telah disertai oleh seramai 60 peserta yang terdiri daripada penjawat awam daripada pelbagai skim dan gred.
 
Objektif kursus yang diadakan adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan peserta dalam mengurus dan mengendalikan urusan penyembelihan haiwan. Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini telah dijayakan oleh Dr.Lokman Ab.Rahman, Ustaz Mohd Asyraf bin Ibrahim Penolong Pengarah Kanan Cawangan Strategik dan Perhubungan Luar Negara Bahagian Pengurusan Halal JAKIM. Ustaz Mad Ziyaadi Al Hatim bin Mahfuz Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Halal Bahagian Pengurusan Halal JAKIM dan Ustaz Halim bin Zakaria Pakar Sembelihan.
 
Antara perkara-perkara yang diberi penekanan ialah berkaitan konsep penyembelihan dalam Islam dan sains, MS1500:2009 Halal Food, Isu semasa berkaitan penyembelihan , Garis Panduan Korban dan juga praktikal penyembelihan seekor lembu.
 
ILIM mengharapkan agar kursus yang dikendalikan dapat berupaya memberi manafaat dan impak yang positif kepada peserta dan masyarakat keseluruhan.