Bangi, 23 April – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadis) telah mengadakan Kursus Smart Learning Tahsin Al-Quran. Kursus yang dilaksanakan bermula pada 21 hingga 23 April 2026 telah dihadiri seramai 43 orang peserta terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam lantikan JAKIM/ Jabatan Agama Islam Negeri/ Majlis Agama Islam Negeri serta lain-lain perjawatan dari agensi agama dibawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan lain-lain kementerian.
Sepanjang kursus diadakan, para peserta diberi pendedahan mengenai kaedah efektif menguasai bacaan al-Quran yang betul menurut Riwayat Hafs 'an 'Asim. Pembelajaran tersebut yang dibuat melalui pendekatan teori serta praktikal adalah dengan bimbingan Dr. Muhammad Lukman bin Ibrahim dan Dr. Anuar bin Hasin dari Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Kursus sepanjang tiga hari ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Ketua Penolong Pengarah, Program Teras mewakili YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM. Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya dan mampu melahirkan penjawat awam yang kompeten di dunia serta akhirat.
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut: https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan: https://itis.islam.gov.my/



