WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 6 Mac 2026 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah menganjurkan Program Memasak Bubur Lambuk Sempena Ramadan 1447H sebagai salah satu aktiviti pengimarahan Ramadan dalam kalangan warga institusi.
 
Program yang berlangsung pada 6 Mac 2026 (Jumaat) bersamaan 16 Ramadan 1447H bermula seawal 7.30 pagi hingga 3.00 petang di Surau Salahuddin al-Ayyubi, ILIM Kampus Utama Bangi, melibatkan penyertaan warga ILIM yang berganding bahu dalam menyediakan bubur lambuk secara gotong-royong.
 
Penganjuran program ini bertujuan untuk memupuk ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga institusi, di samping menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan melalui aktiviti kemasyarakatan yang berteraskan nilai kebersamaan dan kesukarelawanan.
 
Sepanjang program berlangsung, para peserta bersama-sama menyediakan bahan masakan, memasak serta membungkus bubur lambuk sebelum diagihkan kepada warga ILIM. Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah turut menyemai semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan warga ILIM.
 
Agihan bubur lambuk kepada warga ILIM telah disempurnakan oleh Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM sebagai simbolik penghargaan dan kebersamaan dalam menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
 
Program seumpama ini diharap dapat terus menjadi tradisi tahunan yang memperkukuh hubungan dalam kalangan warga institusi serta menyemarakkan lagi penghayatan nilai-nilai Ramadan melalui aktiviti kebajikan dan gotong-royong.