WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
5 MAC 2026 - Alhamdulillah, Webinar Ihya’ Ramadhan Siri 2 anjuran ILIM telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 560 orang peserta secara dalam talian.
 
Program yang berlangsung pada 5 Mac 2026 (Khamis) ini menampilkan pengisian bertajuk “Lensa Tadabbur: Merungkai Maghfirah Dalam Ramadan” yang disampaikan oleh Ustaz Hazmi Irsyad bin Mohamad Noor Azman.
Sesi ini memberi fokus kepada penghayatan fasa maghfirah dalam Ramadan serta pendekatan tadabbur yang lebih praktikal untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
 
ILIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan penceramah atas sokongan dan komitmen yang diberikan. Semoga program ini memberi manfaat berpanjangan serta memperkukuh penghayatan Ramadan kita bersama.
 
Terima kasih kerana terus bersama ILIM dalam usaha pembangunan ilmu dan insan.