BANGI, 3 Disember 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerima kunjungan hormat daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang latihan, pembangunan modal insan dan pengurusan hal ehwal Islam.
Delegasi MAIWP diketuai oleh Puan Yazah binti Ahmad, Pengurus Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, MAIWP bersama pegawai kanan dan disambut oleh Puan Norhayati binti Jaffri, Ketua Penolong Pengarah Kanan ILIM serta barisan kepimpinan ILIM.
Sesi pertemuan membincangkan peluang kerjasama dalam pembangunan kompetensi pegawai, penawaran program latihan, perkongsian kepakaran dan peluasan rangkaian strategik. ILIM turut berkongsi hala tuju institusi selari dengan agenda Malaysia MADANI, termasuk inovasi latihan, peningkatan standard kualiti dan inisiatif transformasi digital.
ILIM dan MAIWP komited untuk meneruskan kerjasama strategik demi memperkukuh ekosistem pendidikan Islam serta perkhidmatan hal ehwal Islam di Malaysia.



