WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 16 Julai 2025 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Konflik dan Krisis pada 15 hingga 16 Julai 2025 bertempat di ILIM Kampus Utama, Bangi.
 
Kursus ini memberi pendedahan tentang teknik dan pendekatan yang berkesan dalam menangani konflik dan krisis, sama ada di tempat kerja mahupun dalam kehidupan seharian — berlandaskan prinsip Islam dan pendekatan kontemporari.
Antara topik menarik yang diketengahkan sepanjang kursus ini termasuklah:
  •  Pengenalan kepada Pengurusan Konflik dan Krisis
  •  Pengurusan Gangguan Seksual di Pejabat dari Aspek Perundangan
  •  Memahami Konflik dan Krisis serta Jenis-jenisnya
  •  Pandangan Islam terhadap Konflik dan Krisis serta Konsep Ujian dalam Islam
  •  Kaedah dan Gaya Pengurusan Konflik & Krisis berdasarkan Kisah-kisah dalam al-Quran
  •  Kaedah dan Gaya Pengurusan Konflik & Krisis berdasarkan Sirah Rasulullah SAW.
Kursus ini menampilkan barisan penceramah berpengalaman iaitu:
  • Dr. Nor Jum’awatun binti Shahruddin (Pegawai Psikologi, Jabatan Peguam Negara)
  • Puan Nor Azizah binti Mohamad (Ketua Unit Jenayah Seksual & Keganasan Domestik)
  • Encik Syahmi Syazeril bin Azmi (Tadabbur Centre).
Seramai 60 orang peserta hadir terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM/JAIN/MAIN, agensi di bawah Menteri Hal Ehwal Agama serta kader JAKIM dan pelbagai skim perkhidmatan.
 
Diharapkan kursus ini bukan sahaja memberi ilmu dan kesedaran, malah menjadi panduan praktikal kepada semua peserta dalam mengurus konflik dan krisis dengan lebih tenang, hikmah dan berkesan — selari dengan tuntutan Islam dan keperluan semasa.