WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Besut, 24 Jun 2025 - Bahasa Arab merupakan bahasa al-Quran dan ia telah dipilih oleh Allah SWT yang menjadi bahasa untuk dibaca oleh hambaNya dalam memahami sifat kalamNya. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam 𝑺𝒖𝒓𝒂𝒉 𝒀𝒖𝒔𝒖𝒇 π‘¨π’šπ’‚π’• 2 π’šπ’‚π’π’ˆ π’Žπ’‚π’Œπ’”π’–π’…π’π’šπ’‚: βžπ‘Ίπ’†π’”π’–π’π’ˆπ’ˆπ’–π’‰π’π’šπ’‚ π‘²π’‚π’Žπ’Š π’Žπ’†π’π’–π’“π’–π’π’Œπ’‚π’ π’Œπ’Šπ’•π’‚π’ƒ π’Šπ’•π’– π’”π’†π’ƒπ’‚π’ˆπ’‚π’Š 𝒂𝒍-𝑸𝒖𝒓𝒂𝒏 π’šπ’‚π’π’ˆ π’…π’Šπ’ƒπ’‚π’„π’‚ π’…π’†π’π’ˆπ’‚π’ 𝑩𝒂𝒉𝒂𝒔𝒂 𝑨𝒓𝒂𝒃, π’”π’–π’‘π’‚π’šπ’‚ π’Œπ’‚π’Žπ’– (π’Žπ’†π’π’ˆπ’ˆπ’–π’π’‚π’Œπ’‚π’ π’‚π’Œπ’‚π’ π’–π’π’•π’–π’Œ) π’Žπ’†π’Žπ’‚π’‰π’‚π’Žπ’Šπ’π’šπ’‚.❞
Β 
Seksyen Tarbiyah dan Tadribiyah, Pusat Pembangunan Insan (PPI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Besut telah menganjurkan Kursus Bahasa Al-Quran yang berlangsung selama dua hari, bermula dari 23 Jun 2025 hingga 24 Jun 2025.
Β 
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam menguasai Bahasa Arab mudah dalam perbualan harian, meningkatkan pengetahuan dan kesedaran berkaitan kepentingan penguasaan Bahasa Arab dalam kehidupan seorang muslim dan memperkasakan jati diri untuk menggunakan Bahasa Arab dalam perbualan harian berdasarkan situasi semasa serta turut didedahkan seperti kemahiran mendengar, kemahiran menulis, kemahiran membaca dan bertutur dalam Bahasa Arab. Hal ini agar para peserta mengetahui cara dan kaedah sebenar untuk mengasah kemahiran berbahasa agar ilmu Bahasa Arab yang dipelajari suatu ketika dahulu tidak hilang ditelan zaman.
Β 
Seramai 29 orang peserta telah menghadiri kursus yang terdiri dari pelbagai latar belakang seperti pegawai dari jabatan kerajaan persekutuan dan negeri. Antara pengisian dalam kursus ini adalah teknik memahami terjemahan Al-Quran, tatabahasa serta membina ayat dalam perbualan seharian. Medium kursus ini adalah berbentuk ceramah, perbincangan dan aktiviti latihan.
Β 
Tenaga pengajar pula terdiri daripada pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin iaitu YBrs. Ustaz Mohd Shahrizal bin Nasir dan pensyarah dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah iaitu YBrs. Dr. Mohd Suhardi bin Mat Jusoh.
Semoga dengan terlaksananya kursus ini membuahkan manfaat dan kebaikan yang besar kepada para peserta dalam memahami Bahasa Arab ini sekali gus menjadi titik tolak ke arah penghayatan dan kefahaman terhadap wahyu teragung, al-Quran.
Β 
Β 
Β 
Β 
Β 
Β