Bangi, 19 Jun – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Program Teras (Seksyen al-Quran dan Hadith) telah mengadakan Kursus Asas Kompetensi Penghakiman Hafazan Al-Quran kepada Pegawai Kader JAKIM di Agensi/ Jabatan/ Kementerian, Pegawai JAKIM/ JAIN/ MAIN dan Pegawai di Agensi/Jabatan dalam pelbagai skim dan gred yang dihadiri seramai 43 orang peserta. Kursus ini dilaksanakan bermula pada 17 hingga 19 Jun 2025 bertempat di Auditorium Al-Ghazali, Blok Akademik A, ILIM Kampus Utama Bangi.
Kursus ini dibimbing oleh penceramah yang berkepakaran dan berpengalaman iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Abd Rauf bin Tan Sri Hasan (UPM), YBrs. Tuan Haji Radzi bin Kamarul Hailan, YBrs. Tuan Ahmad Tirmizi bin Haji Ali.
Majlis penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Ketua Penolong Pengarah, Program Teras ILIM mewakili YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM.
Semoga kursus ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu dapat memberi kefahaman mengenai standard penghakiman tilawah al-Quran disamping membina keyakinan kepada peserta untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan tentang teknik penghakiman tilawah dan Hafazan al-Quran.
Untuk melayari info lanjut, layari pautan berikut: https://ilim.islam.gov.my/ms/ atau untuk info dan permohonan kursus layari pautan: https://itis.islam.gov.my/



