WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 19 Jun 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Kursus Hands On Sistem e-Perolehan sebagai usaha meningkatkan kecekapan warga kerja JAKIM dalam mengurus proses perolehan. Kursus selama tiga hari ini bermula 17 hingga 19 Jun 2025 bukan sekadar penerangan teori, tapi memberi ruang kepada peserta untuk terlibat secara langsung dalam simulasi sebenar penggunaan Sistem e-Perolehan.
 
Sepanjang kursus, peserta diberi peluang mendalami setiap proses dalam pengurusan perolehan yang dpecahkan kepada dua modul iaitu Pembelian Terus serta Sebut Harga dan Tender. Pendekatan hands-on yang digunakan memberi kesan langsung kepada kefahaman peserta kerana mereka dapat terus ‘buat dan nampak hasilnya’ secara real-time dalam sistem.
 
Penceramah jemputan, Tuan Mohd Firman Shah bin Mohd Noh daripada Commerce Dot Com Sdn Bhd berjaya menghidupkan sesi dengan gaya penyampaian yang santai tapi padat. Banyak contoh kes sebenar dikongsikan bagi membantu peserta memahami cabaran dan kepentingan ketepatan dalam setiap langkah perolehan. Suasana kursus juga sangat terbuka dengan peserta bebas bertanya, berdiskusi dan berkongsi pengalaman masing-masing.
 
Secara keseluruhan, kursus ini bukan sahaja berjaya memantapkan kefahaman peserta terhadap tatacara perolehan kerajaan melalui Sistem e-Perolehan, malah turut menyuntik semangat baharu dalam kalangan penjawat awam untuk terus mengamalkan budaya kerja yang cekap, telus dan berintegriti. Diharapkan kursus seperti ini akan terus menjadi pemangkin kepada perkhidmatan awam yang lebih berdaya saing dan responsif terhadap keperluan semasa.