Besut, 16 Jun 2025 – Audit dan Penilaian Standard Kualiti Perkhidmatan (SKP) ILIM telah dilaksanakan di ILIM Kampus Besut bermula 16-18 Jun 2025 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh budaya kualiti dalam penyampaian latihan Islam di bawah JAKIM.
Lawatan audit ini turut melengkapkan siri audit yang dirancang sebagai Key Performance Indicator (KPI) kepada Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM bagi tahun 2025. Pelaksanaan audit di Kampus Besut ini menandakan pencapaian penuh terhadap komitmen ILIM dan JAKIM dalam membudayakan penambahbaikan berterusan di semua kampus ILIM.
Audit telah diketuai oleh Encik Hamdi bin Haya, bersama dua (2) orang pegawai auditor iaitu Puan Suria binti Shapie dan Puan Noor Afiqah binti Che Mustapa yang diberi mandat menilai tahap pelaksanaan SKP merangkumi aspek tadbir urus, pelaksanaan latihan, fasiliti, dan kepuasan pelanggan.
Antara dapatan utama audit termasuk:
• Komitmen tinggi warga kampus dalam pengurusan program latihan ;
• Suasana pembelajaran dan latihan kursus yang menyokong pembangunan peserta ;
• Cadangan penambahbaikan terhadap sistem dokumentasi, penyelenggaraan fasiliti, serta pemantauan keberkesanan program ; dan
• Secara keseluruhannya, ILIM Kampus Besut berjaya menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dan sedia memperkukuh lagi sistem kualiti sedia ada.
Kejayaan pelaksanaan audit ini melengkapkan pelaporan KPI kepada pihak pengurusan tertinggi JAKIM, sekaligus mencerminkan kesungguhan ILIM dalam menyokong aspirasi pusat kecemerlangan latihan Islam di peringkat antarabangsa.




