WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 15 Mei 2025 – Menyedari hakikat dokumen rasmi cerminan kredibiliti dan profesionalisme sesebuah jabatan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah menganjurkan Kursus Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan bermula 13 hingga 15 Mei 2025. Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 57 orang peserta daripada pelbagai jabatan dan kementerian.
 
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan pekeliling dan peraturan semasa dokumen rasmi kerajaan selain meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam tatabahasa serta format penulisan dokumen rasmi. Antara pengisian utama kursus termasuklah penerangan tentang pekeliling dan peraturan, tatabahasa dan format serta latihan penulisan surat rasmi, memorandum, e-mel dan minit mesyuarat.
 
Kursus ini telah dikendalikan oleh Puan Norliza binti Abu Bakar, seorang Munsyi Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau berkongsi banyak pengalaman dan ilmu berguna termasuk pembetulan kesalahan bahasa yang sering berlaku dalam dokumen rasmi serta tip memperkemas gaya penulisan agar lebih tersusun dan mudah difahami. Penyampaian beliau yang jelas dan interaktif berjaya menarik minat peserta sepanjang sesi berlangsung.
 
Secara keseluruhannya, kursus ini telah memberikan impak yang positif kepada para peserta dalam meningkatkan mutu penulisan dokumen rasmi. Adalah diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menyokong sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan profesional dalam sektor kerajaan.