WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu | 27 Februari 2025 : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Program Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PKPHEI) telah menganjurkan Al-Quran Sphere; Kursus Tadabbur Kalam Ilahi dengan jayanya selama dua hari satu malam, bermula 26 hingga 27 Februari 2025 di Bilik Kuliah Ibnu Rusyd, ILIM Lahad Datu.

Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan berkenaan konsep tadabbur dalam memahami ayat-ayat al-Quran dengan tepat dan lebih terperinci. Di samping itu, para peserta juga dilatih untuk menganalisis ayat al-Quran dengan cara yang lebih kritis dan berfokus seterusnya mengaplikasikan nilai-nilai yang terkandung dalam al-Quran ke dalam kehidupan seharian.

 Seramai 32 orang peserta telah menghadiri kursus yang dianjurkan ini. Sebahagian besarnya adalah mahasiswa IPTA daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Tawau, dan selebihnya dalam kalangan tenaga pengajar al-Quran dan penggiat tadabbur. Penceramah yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi telah diundang khas sebagai tenaga pengajar sepanjang berlangsungnya kursus ini, iaitu Ustaz Syahmi Syazeril bin Azmi; Pengarah Urursan, Tadabbur Center Sdn Bhd, Selangor.

 Hakikatnya, penganjuran kursus ini bukan sekadar untuk memahami al-Quran menerusi terjemahan semata-mata, sebaliknya mendedahkan peserta terhadap cara untuk merenung, memahami, dan merasai keindahan wahyu Allah dalam kehidupan mereka.

 Semoga kefahaman dan penghayatan terhadap al-Quran dapat diperdalamkan seterusnya diterjemahkan dalam menjalani kehidupan sehari-hari.