WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Lahad Datu, 27 April 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Lahad Datu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Program Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Islam (PKPHEI) telah menganjurkan Edu Sphere ; Kursus Dinamika Pembinaan Soalan dengan jayanya selama dua hari satu malam, bermula 26 hingga 27 April 2025 di Bilik Kuliah Yusuf al-Qaradawi, ILIM Lahad Datu.

Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman asas berkenaan kaedah pembinaan soalan yang terbaik. Selain itu, kaedah dan teknik membentuk soalan yang berkualiti turut diterapkan berasaskan kandungan struktur kurikulum yang ditetapkan, di samping memberi penekanan terhadap teknik pembinaan soalan berasaskan imaginasi dan daya cipta sendiri.

Dua orang penceramah yang berpengalaman luas dan berkemahiran tinggi telah diundang khas sebagai tenaga pengajar sepanjang berlangsungnya kursus ini. Mereka adalah Ustazah Abidah binti Wasimin; Penyelia KAFA Daerah Ranau 2 dan Ustazah Nur Adila Farhana binti Bakar; Penyelia KAFA Daerah Papar.

Sesungguhnya, latihan dan kemahiran pembinaan soalan memainkan peranan penting dalam memastikan mutu pendidikan yang lebih tinggi. Melalui latihan yang terstruktur dan pendekatan yang sistematik, pendidik dapat memperbaiki kemahiran mereka dalam merancang dan melaksanakan penilaian yang berkualiti, seterusnya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.