WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 17 April 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dengan kerjasama Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Convention on Islam and Human Capital Development (CIHCD).
 
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Nor Safina binti Zainal, Pengarah Kanan ILIM, dan dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi ILIM serta Pengarah ILIM Kampus Jelebu, Kampus Besut, Kampus Lahad Datu dan Kampus Lawas.
 
Ia bertujuan untuk membentuk struktur Jawatankuasa Pelaksana, menetapkan pengagihan bidang tugas yang jelas, memperincikan tanggungjawab teknikal serta menyelaras aspek logistik, pengisian program, urusan jemputan dan tindakan susulan oleh setiap jawatankuasa yang terlibat.
 
Pelaksanaan CIHCD ini dilihat sebagai medan strategik yang bukan sahaja mempertemukan pemikir dan pengamal dari negara ASEAN serta dalam negara, tetapi juga sebagai platform untuk memacu wacana pembangunan modal insan berteraskan nilai Islam secara lebih sistematik, berimpak dan lestari. Penyelarasan rapi menerusi mesyuarat ini diharap dapat memastikan kelancaran penganjuran dan penghasilan dapatan yang bermanfaat, sekaligus mengangkat Malaysia sebagai peneraju wacana Islam dan pembangunan insan di peringkat serantau.