WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Kuala Lumpur, 13 Februari 2025 – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh delegasi Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ke atas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di pejabat MYSA pada petang ini.
 
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha memajukan bidang latihan dan penyelidikan di negara ini khususnya dalam teknologi angkasa dan ilmu pengetahuan falak.
 
Delegasi ILIM yang diketuai oleh Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal, telah disambut mesra oleh Ketua Pengarah MYSA, YBhg. Dato' Gs. Haji Azlikamil bin Napiah.
 
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan peluang kerjasama strategik yang melibatkan program latihan berkaitan. ILIM turut menyatakan minat untuk terlibat dalam program-program MYSA yang berkaitan dengan bidang sains angkasa.
 
Kunjungan hormat ini dianggap sebagai langkah positif dalam memperkukuhkan hubungan antara ILIM dan MYSA, sekaligus membuka ruang untuk lebih banyak inisiatif bersama yang dapat memberi manfaat kepada pembangunan sains, teknologi, dan pendidikan di Malaysia.