Putrajaya, 23 Januari 2025 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah melancarkan Buku 25 Tahun ILIM yang disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Majlis Amanat dan Perhimpunan Agensi di Bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama 2025 yang berlangsung di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya.
Buku 25 Tahun ILIM merupakan sebuah karya yang menceritakan perjalanan dan pencapaian ILIM sepanjang 25 tahun penubuhannya. Ia menggambarkan sejarah penubuhan, visi, misi, objektif dan pencapaian serta sumbangan dalam pembangunan modal insan di negara ini.
Selain itu menyentuh tentang pelbagai program latihan yang telah dilaksana, memperkasa pengurusan latihan hal ehwal Islam serta kolaborasi dengan pelbagai agensi dan institusi lain.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina binti Zainal bersama Ketua-Ketua Agensi, pegawai-pegawai kanan
serta para tetamu kehormat yang lain.
Pelancaran buku ini diharapkan dapat memberi inspirasi untuk terus berusaha memperbaiki diri, meningkatkan ilmu, serta berperanan dalam pembangunan masyarakat yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar.