Bangi, 21 Januari 2025 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Pusat Kecemerlangan Kepimpinan Islam (PKKI) telah berjaya menganjurkan Kursus Kecerdasan Buatan (AI): Perkhimatan Hal Ehwal Islam Siri 1 selama dua hari, bermula pada 20 hingga 21 Januari 2025.
Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 40 orang pegawai ILIM dari Kampus Utama Bangi, Kampus Jelebu dan Kampus Kundasang dan Kampus Lawas.
Matlamat utama kursus adalah untuk meningkatkan kompetensi pegawai dalam mengaplikasikan teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) serta meningkatkan tahap kecekapan dalam pelaksanaan perkhidmatan latihan yang lebih berkesan.
Sepanjang kursus, Puan Salwa binti Mohd Saleh daripada Salampro Solution telah berkongsi kepakaran serta pengalaman beliau dalam penggunaan pelbagai AI Tools yang relevan dengan keperluan semasa antaranya ChatGPT, Gamma, Canva, Recraft, Leonardo, Bing, Deepseek, Hailuoai dan lain-lain. Setiap AI Tools diperincikan fungsinya serta cara menggunakannya dalam tugasan harian untuk meningkatkan produktiviti dan efisiensi kerja.
Diharapkan kursus ini mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta terhadap teknologi AI dan menginspirasi kreativiti serta inovasi dalam pelaksanaan perkhidmatan latihan.