WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :
Bangi, 20 Januari 2025 – YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) telah mengadakan sesi walkabout bersama warga Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) pagi tadi. Program ini menjadi platform untuk berkongsi inisiatif kerajaan dalam memperkukuhkan latihan dan pengurusan hal ehwal Islam serta memastikan latihan yang diberikan adalah relevan dengan perkembangan semasa.
 
Dalam lawatan tersebut, YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im turut meluangkan masa untuk berbual mesra dengan pegawai dan kakitangan ILIM. Beliau turut memberi kata-kata semangat untuk terus memanfaatkan peluang yang ada dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta menjadi penjawat awam yang berwibawa dalam bidang hal ehwal Islam.
 
"Saya berharap ILIM dapat terus berperanan sebagai pusat latihan utama dalam melahirkan modal insan yang kompeten dalam bidang pengurusan hal ehwal Islam dengan meningkatkan kualiti penyampaian latihan dengan memperkasakan pengetahuan dan profesionalisme perunding latihan" kata YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im.
 
Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan tahniah di atas Penarafan ILIM (Hala Tuju Institut Latihan Awam sebagai Pusat Kecemerlangan) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) di Tahap Lima Transformasi dan memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada warga ILIM agar terus meningkatkan prestasi ke arah mencapai Center of Excellence (COE).
 
Beliau juga menekankan pentingnya kerjasama antara agensi kerajaan dan institusi dalam memastikan perkhidmatan latihan yang diberikan adalah relevan dan selaras dengan perkembangan semasa.
 
Dalam sesi walkabout ini turut diadakan sesi taklimat oleh Pengarah Kanan ILIM, Puan Nor Safina Zainal mengenai perkembangan terkini ILIM serta cabaran yang dihadapi dalam memastikan perkhidmatan latihan kepada Pegawai Hal Ehwal Islam khususnya dan kakitangan Kerajaan umumnya terus cemerlang.