Bangi, 16 Januari 2025 - Program Pembangunan Insan,Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan Bengkel Modul Kedua bagi Kursus Bahasa Inggeris yang berlangsung selama 4 hari bermula 13 Januari 2025 hingga 16 Januari 2025 di Bilik A’sim Blok Akademik A ILIM Kampus Utama Bangi. Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis dalam Bahasa Inggeris untuk dokumentasi hal ehwal Islam, memahami peranan Bahasa Inggeris dalam interaksi antarabangsa dan dakwah islamiah dan memperbaiki penyampaian dan pembentangan dalam Bahasa Inggeris.
Bengkel ini dikendalikan oleh ILIM selaku urus setia bersama pakar bidang dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa iaitu Dr Munirah binti Hanafi @ Mohd Ghani , Dr. Noorazi bin Rani , Dr. Noor Asma Iffah binti Zakaria dan En. Mohd Azmanuddin bin Azman manakala panel yang terlibat dari ILIM Kampus Utama Bangi adalah Tuan Hj.Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Puan Wan Esma binti Wan Ahmad, En.Khairuddin bin Abdullah, Puan Suria binti Shapie, Puan Noraine binti Hamzah dan Tuan Hj. Zulkifli bin Tukiman.
Bengkel ini juga memberi penekanan kepada pembentangan dan penyampaian yang berkesan dalam Bahasa Inggeris. Dengan kemahiran ini, peserta akan lebih bersedia untuk memberi ceramah, menyampaikan kuliah, dan memberi jawapan dalam perbincangan ilmiah di peringkat antarabangsa.
Keseluruhannya, bengkel ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkasakan lagi para peserta untuk menguasai Bahasa Inggeris, sekaligus meningkatkan keberkesanan dakwah dan penyebaran ilmu Islam dalam dunia yang semakin global dan terbuka.