Bangi, 28 Julai 2024 (Ahad), Flag Off Seramai lapan orang peserta Kursus Imam, Pendakwah dan Penyelidik Fatwa di Kaherah Mesir anjuran al-Azhar International Academy di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1.
Penyertaan mereka dalam kursus yang dijadualkan berlangsung selama (2) bulan bermula pada 1 Ogos hingga 30 September 2024 ini antara lain adalah untuk melahirkan para pegawai yang berkompetensi tinggi dalam bidang keimaman dan pengurusan dakwah sesuai dengan keperluan perkhidmatan hal ehwal Islam di samping memberi peluang untuk mempertingkatkan kemahiran dan keilmuan masing-masing dalam aspek bacaan al-Quran (qiraat) dan kemahiran bahasa arab dengan mendampingi para ulamak muktabar bertaraf dunia di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
Semoga kursus yang diikuti ini dapat menambah dan memantapkan lagi ilmu pengetahuan untuk diaplikasikan dalam tugasan sekembalinya mereka ke tanah air bumi Malaysia yang tercinta.