WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 7 Mei 2024 - Sharing Session Perkhidmatan Hal Ehwal Islam: Realiti dan Aspirasi sempena Program Eksekutif Pengurusan Hal Ehwal Islam (PEPHEI) siri 1/2024 telah berlangsung dengan jayanya di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, hari ini.

YBhg. Dato' Mohd Zaidi bin Ramli, Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kemajuan Islam JAKIM sebagai panel telah sudi berkongsi idea serta pengalaman bersama para peserta program berkenaan fungsi, tanggungjawab serta cabaran Perkhidmatan Hal Ehwal Islam.

Seramai 100 orang peserta yang sedang mengikuti Program Eksekutif Pengurusan Hal Ehwal Islam yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI) Gred S41 dan S29 Lantikan Baharu JAKIM mulai 6 Mei 2024 hingga 7 Jun 2024.

Objektif utama sharing session ini adalah untuk memberi aspirasi kepada semua pegawai lantikan baharu bagi meningkatkan profesion dan personaliti serta mutu penyampaian perkhidmatan PHEI supaya sentiasa selari dengan dasar kerajaan dan pihak yang berkepentingan (stakeholders).

Dalam sesi perkongsian ini, YBhg. Dato' Mohd Zaidi bin Ramli menegaskan bahawa berada di agensi khususnya dalam skim perkhidmatan Hal Ehwal Islam Islam merupakan suatu kemuliaan dan kelebihan sebagai pejuang agama. Justeru, beliau menggesa para pegawai lantikan baharu untuk mengambil peluang ini dengan sebaik-baiknya untuk membuat penambahbaikan kepada sistem pentadbiran Islam dengan menjadi pengikut yang baik serta mengemukakan idea-idea yang lebih kritis dan kreatif "challenge the process" bagi melonjakkan kredibiliti JAKIM.

Semoga sesi ini dapat mengembangkan pengetahuan dan kefahaman para pegawai lantikan baharu JAKIM berkaitan tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam usaha memartabatkan kesyumulan Islam demi pembangunan dan kemaslahatan ummah.