WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 2 Mei 2024, Program Pengurusan Hal Ehwal Islam (PPHEI), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah menjayakan Seminar Kelestarian Perundangan Syariah 2024 yang bertemakan “Perundangan Syariah Melestari Kesejahteraan Ummah”. Objektif seminar ini ialah untuk:

  1. i) Memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai sistem perundangan Syariah di Malaysia;
  2. ii) Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian perundangan syariah;

Seminar ini telah dihadiri oleh seramai 350 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai skim dan gred pegawai perkhidmatan awam dan masyarakat awam. Terdapat dua sesi pembentangan iaitu sesi ucaptama dan sesi diskusi. Sesi ucaptama telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Profesor Madya Dr. Shamrahayu bin Ab. Aziz, Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dua panel yang diundang dalam sesi diskusi iaitu YBhg. Dato Zainul Rijal bin Abu Bakar, Presiden Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan, dan YBrs. Profesor Dr. Arieff Salleh bin Rosman, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia. Moderator dalam sesi diskusi ini ialah Encik Khairuddin bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan, ILIM.

Semoga dengan terlaksananya seminar ini, dapat memberikan manfaat yang besar kepada semua peserta yang hadir dalam memartabat serta melestari perundangan syariah di Malaysia.