WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 30 APRIL 2024 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.3/2024 dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di ILIM Kampus Utama Bangi pada 30 April 2024. Majlis dimulakan dengan Perhimpunan Bulanan yang telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM. Beliau turut mengambil kesempatan merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan tahniah kepada semua warga ILIM atas penganjuran majlis ini.

Tetamu kehormat YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Timbalan Menteri Agama sudi meluangkan masa hadir memeriahkan majlis ini.

Majlis diteruskan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan kehadiran tetamu jemputan. Pelbagai juadah raya disediakan bagi meraikan sambutan majlis tersebut. Institut Latihan Islam Malaysia merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas kehadiran tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi suasana majlis.

#Sucikan Hati, Syukur Selalu #ILIMRAYA2024