WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Keningau, 23 APRIL 2024 – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Pengajian Islam dan Dakwah (IPDAS), Keningau Sabah hari ini.

Kunjung hormat ini diketuai oleh Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM bersama Dr. Fazlulaini Mohd Yunus, Penolong Pengarah Kanan ILIM. Kunjungan hormat ini telah disambut oleh Puan Hajah Khatijah Abd Rahman, Pengarah IPDAS bersama barisan pengurusan IPDAS.

Kunjungan hormat ini diatur bertujuan membincangkan kursus yang bersesuaian yang akan dilaksanakan oleh ILIM kepada Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) IPDAS berdasarkan kursus generik/fungsional. Berbagai perkongsian bagi meningkatkan peranan dan perkhidmatan telah dibincangkan dan akan disusuli dengan perbincangan lanjut. Semoga jalinan kerjasama ini dapat menatijahkan hasil terbaik utk manfaat semua pihak.