WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi | 17 April 2024 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menerima kunjungan hormat dari Institut Latihan dan Kefahaman Islam (ILMI), Angkatan Tentera Malaysia diketuai oleh Lt. Kol. Ismail Wahab, Komandan ILMI.

Kunjung hormat ini disambut mesra oleh Puan Zaizurina Mansor, Ketua Penolong Pengarah Kanan, ILIM bersama barisan pengurusan ILIM. Turut hadir para pelajar praktikal dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Kunjungan ini bertujuan  untuk mendapatkan ruang kerjasama berhubung penganjuran kursus, berkongsi idea dan pengalaman.

Sesi perbincangan ini juga diadakan sebagai platform untuk berkongsi maklumat dan mendapatkan input ke arah penambahbaikan program pembangunan modal insan sektor awam. Delegasi turut dibawa melawat  Galeri Falak Syeikh Abdul Aziz An-Nayyiri, Falak Competency Training Centre (FALCOM), ILIM yang berkonsepkan inovasi dan kreativiti memaparkan 5 seksyen utama iaitu seksyen falak alam melayu, seksyen takwim hijri, seksyen arah kiblat & waktu solat, seksyen objek samawi serta seksyen artifak & audio visual.

Semoga Allah mempermudahkan urusan dan mempererat silaturahim.