WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

BANGI, 7 Februari 2023 –  Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menerima kunjungan hormat dari Institut Integriti Malaysia (IIM) yang diketuai oleh Puan Norasikin Baharudin, Ketua Seksyen, Dasar, Pembangunan Produk & Penyelidikan, IIM bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi.

Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi serta bertukar-tukar idea dan pandangan ke arah penambahbaikan pembudayaan integriti dalam pembangunan modal insan perkhidmatan hal ehwal Islam di Malaysia. Puan Nor Safina Zainal, Pengarah Kanan ILIM hadir mempengerusikan sesi pertemuan ini.