WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

KURSUS KOMPETENSI FUNGSIAN

Kompetensi Fungsian adalah kompetensi wajib bagi memenuhi fungsi tugas jawatan-jawatan tertentu dan bidang teras perkhidmatan Hal Ehwal Islam. Dalam komponen kompetensi ini, jawatan-jawatan bagi gred dan penempatan yang berbeza mempunyai kompetensi fungsian yang berlainan mengikut kepelbagaian gred pegawai kumpulan pelaksana dan pengurusan dan profesional. Komponen kompetensi fungsian ini dibahagikan kepada dua iaitu Fungsian Khusus dan Fungsian Penempatan.

Komponen Kompetensi Fungsian

1) Fungsian Khusus:

Kompetensi Fungsian Khusus bagi setiap sembilan (9) bidang teras perkhidmatan Hal Ehwal Islam meliputi semua penempatan pegawai.

Semua pegawai Kumpulan Pelaksana (Gred 19-40) perlu mempunyai pengetahuan asas dalam sembilan (9) bidang teras perkhidmatan Hal Ehwal Islam.

Manakala bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, pegawai di Gred 41 perlu melalui pusingan latihan yang lengkap meliputi sembilan (9) bidang teras perkhidmatan Hal Ehwal Islam. Pegawai di Gred 44 perlu menguasai sekurang-kurangnya empat (4) bidang teras perkhidmatan Hal Ehwal Islam. Pegawai pada Gred 48 pula, akan mengikuti latihan bidang teras perkhidmatan Hal Ehwal Islam berdasarkan keperluan penempatan. Justeru, pegawai perlu menghadiri kursus yang ditetapkan seperti dinyatakan dalam dokumen Training Roadmap (TRM) JAKIM. 

Keperluan Kompetensi Fungsian Khusus Mengikut Gred 

Makluman : Nama-nama kursus yang disenaraikan adalah bersifat dinamik mengikut keperluan semasa, boleh berubah dan ditambahbaik dari semasa ke semasa serta turut mengambil kira penempatan pegawai JAKIM termasuk Kader JAKIM.

 2) Fungsian Penempatan:

Kompetensi Fungsian Penempatan adalah kursus yang wajib bagi memenuhi fungsi tugas jawatan mengikut penempatan pegawai di setiap bahagian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) termasuk Kader-Kader JAKIM merangkumi Kursus-kursus Teras Generik dan Fungsian Khusus yang berkaitan

Makluman : Nama-nama kursus yang disenaraikan adalah bersifat dinamik mengikut keperluan semasa, boleh berubah dan ditambahbaik dari semasa ke semasa serta turut mengambil kira penempatan pegawai JAKIM termasuk Kader JAKIM.