Bangi, 23 Mei - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Sesi “Morning Prayer” ILIM yang melibatkan semua Warga Kerja Institut Latihan Islam Malaysia Kampus Bangi.
Sesi ini merupakan perkongsian ilmu Al-Quran dan terjemahan dalam kalangan warga kerja ILIM. Dalam sesi juga menjadi tempat perkongsian maklumat untuk semua warga kerja ILIM. Sesi ini diadakan setiap Hari Isnin sebagai penanda aras bermulanya minggu yang baru.