Besut, 18 Januari – Kluster Kecemerlangan dan Pengurusan Islam (KKPI), Institut Latihan Islam Malaysia, Kampus Besut telah menganjurkan Kursus Pengajaran, Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).Mulai 17 hingga 18 Mei 2022.
“……untuk mendapat tulisan yang cantik khasnya penulisan khat, seseorang penulis perlu sabar, tekun dan minat……”di antara mukadimah yang disampaikan dengan penuh harapan oleh penceramah jemputan kursus iaitu Encik Nik Abd Rahman Zaki bin Nik Abdul Kadir, CEO dan Penulis Khat Negeri Kelantan. Seramai 41 orang penyelia dan guru-guru KAFA Negeri Pahang telah memanfaatkan peluang serta ruang yang diberikan ini dengan menghadiri kursus yang berlangsung selama dua hari ini.
Tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk memberikan nilai tambah serta teknik-teknik penulisan Khat yang betul kepada guru-guru KAFA. Sebagaimana sedia maklum bahawa penulisan Khat menyumbang 30% markah di dalam peperiksaan UPKK Tahun Lima (5) anak-anak KAFA. Sehubungan itu kemahiran dan teknik pengajaran para guru perlu sentiasa digilap dan dimantapkan bagi pengajaran dan pemudahcaraan yang lebih berkesan. ILIM Kampus Besut sentiasa cuba memenuhi keperluan latihan kepada pegawai-pegawai Hal Ehwal Islam khasnya termasuk guru-guru KAFA dan penjawat awam di pelbagai agensi secara amnya.