WAKTU SOLAT BAGI KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA IMSAK : | SUBUH : | SYURUK : | ZOHOR : | ASAR : | MAGHRIB : | ISYAK :

Bangi, 12 April – Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi melalui Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam (KPHEI) telah mengadakan Kursus Tafaqquh Fiddin Siri 1 secara atas talian sasaran kepada Pegawai Hal Ehwal Islam S41-48 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Program ini dilaksanakan pada 12 Aprill 2021 bersamaan 10 Ramadan 1443H melalui medium Google Meet dengan mencapai kehadiran 19 orang peserta.

Objektif program ini diadakan bagi memperkasakan Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI), JAKIM tentang ilmu fiqh. Selain itu, dapat melahirkan PHEI yang mampu mempraktikkan strategi dan pendekatan dalam memahami dan menjawab isu-isu semasa yang berkesan kepada kumpulan sasar dengan sistematik dan melahirkan tenaga pakar dalam kalangan PHEI yang mahir ilmu turath dan ilmu semasa agar mampu mengaplikasi ilmu turath mengikut kehendak semasa masyarakat. Kursus yang diadakan adalah berdasarkan bacaan teks, huraian dan perbincangan serta soal jawab dibimbing oleh Dato’ Dr. Haji Anhar bin Opir D.P.M.S dengan merujuk  Kitab Al-Mu'tamad Fil-Fiqh Asy-Syafi'i. Semoga kelas pengajian ini dan siri-siri akan datang berjaya mencapai matlamatnya dalam meningkatkan penguasaan bidang ilmu fiqh dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam, serta melahirkan kepakaran yang mahir ilmu bacaan kitab turath.